ini pandangan saya. sy rasa kita semua patut ambil. saya dapati dari ustaz sobri arshad.
mula mula sekali, sy nak lontarkan satu soalan. tahukah kita apa hukum had yg dikenakan kepada pesalah liwat? sy tau, semua setuju hukuman utk penzina bujang 100x sebat, dah kawin rejam smpi mati.
tp liwat? hukumnya mati jugak. bukan sahaja kepada penjolok, malah yg dijoloki jugak kena bunuh. kenapa? ini merosak institusi kekeluargaan. merosak institusi perkahwinan. menghalalkan hubungan sejenis. dalam islam, perlu tegas, bahawa haram hukumnya buat benda2 mcm ni.
dan saiful bukhari pulak buat tuduhan anwar dah meliwat beliau. ini sgt2 berbahaya. seolah2 dia sendiri menempah maut dalam hukum islam. sebab itu berat sgt kes ini.
kedua. bersumpah atas nama allah. bersumpah allah akan laknat diri sekiranya sumpah itu dilanggari. 3x sumpah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan. sunat pulak hakim yg menjadi saksi sumpah tu menepuk mulut yg bersumpah dan memperingati bahawa sumpah selepas itu adalah melaknati diri sendiri. selepas itu barulah sumpah melaknat diri diri kalau sumpah itu tidak betul.
setakat bersumpah wallahi waillahi watallahi tu takleh pakai. tapi takde sapa berani tegur pak najib cara nak bersumpah yg betul. begitu jugak hisamudin hussin.
ketiga. apa pendekatan kita dalam hal ini? sebagai seorang muslim mukmin, bek la kita jauhkan diri dari cerita hal2 yg sangat2 aib ini. ini cerita dalam kelambu anwar, dalam kelambu saiful. ntah betul tidak wallahualam. takpayah la bercerita bergendangan merata2 sedangkan faktanya kita tidak tahu apa2.
sebab apa perlu kita ambik pendekatan diam? sekarang ni berlaku krisis kepercayaan yang sangat dalam di kalangan rakyat Malaysia. penyokong anwar di satu pihak tidak mempercayai lagi pihak polis yg menjalankan siasatan. hatta hakim yang menegakkan keadilan pon boleh dibengkokkan dengan suapan dua tiga kupang.
paklah pun makin lama makin dihakis kepercayaan utk memerintah. ramai mempertikaikan wujudnya YB rembau dalam projek2 kerajaan, termasuk penyokong2 setia kerajaan sendiri. najib pulak dgn kes altantuya.
penyokong kerajaan pula tidak lagi percaya kepada anwar dgn tuduhan liwatnya. juga kes anwar menerima syarat IMF yg digembar-gemburkan selama ini. mereka juga melihat pakatan rakyat bersifat semtara dan tidak kukuh utk membentuk kerajaan persekutuan.
ultra nasionalis melayu juga hilang kepercayaan terhadap keupayaan PKR meneutralkan tuntutan DAP yg dilihat mereka merugikan melayu. bukan bumiputra mula melihat MIC MCA Gerakan sebagai kuli dan balaci UMNO walaupun cuba diyakinkan oleh pimpinan tertinggi mereka.
PAS? sebagai pembangkang yg mempunyai plg sedikit kerusi dalam dewan tentunya merasa mereka disisihkan dalam Pakatan Rakyat.
kesimpulannya? kita kena akui, politik malaysia sedang tidak stabil. dan kita sebenarnya patut memberi laluan kepada pakatan rakyat utk pilihanraya seterusnya. bukan sy menykong mereka, tetapi kita perlu kepada sistem biparty yg diamalkan samada di The Palace of Westminster di UK ataupun kongres US.ini menjamin rakyat mendapat yang terbaik utk mereka.
No comments:
Post a Comment