Wednesday, April 22, 2009

bosan siak

kepada sesiapa berminat untuk menemani jejaka kesepian unuk makan-makan di mapley sambil bersembang pasal benda-benda merapu ataupun menyumpah seranah hidup yang tak best ataupun berkongsi pengalaman cinta ataupun mempunyai masalah cinta, sila tinggalkan pesanan di shoutbox.

kami berjanji tidak menghampakan anda.

luls.

Saturday, April 18, 2009

have i stopped caring?

hobi baru. takdela baru sgt. hobby revisited ahah.

sapa-sapa tau area Bukit Mertajam/Penang yang ada jual toys mcm scaled down models of cars/bikes/planes? im looking for A346, A380, B738, 777-ER, 747-400 and if possible 747-800. bajet belakang kira. bkn nk beli sekaligus. sikit2 udeh.

kalo kat kl, if possible, ade delivery skali ah. aku keje 6 hari seminggu so takleh nk g merata-rata.

sori. tajuk takde kene mengena hahahahah. tertipu gak korg. anyhow, cuci mata sepam.

pix of A346 models:


these, i think is A343:



biggest passenger jet on service to date (Airbus A380, in case u dont know):


B738:


B777-ER:


B747-400:



nampak cam sama je kan semua? tak semua sama. ahahah. appreciate the beauty of the flying steel.

just a reminder that i have never given up on my dreams :b

perihal gembira dan menggembirakan

"bang kalid! pagi ni saya lewat sikit. abah pakai muto. saya kena bawak keta. satgi mesti jem kat pekan BM"

"ha. ok. aku cover hang sat. hang jangan mengulaq pulak"

biasalah bawak keta. ayah pun satu. habaq la awai2 nk pakai muto. boleh kuar awal sikit. nek muto, buleh cilok2. keta? bulih tu bulih, tapi tak sehebat honda wave mencilok ar.

sampai site, capai topi, pakai safety vest, terus jumpak site supervisor.

"sorilah bang. tadi kluaq pun sayup dah. hari kita nak buat apa kat site?"

"kita perabih buang ikat besi. esok panggil consultant, lusa boleh tuang kongkrit. tu pun kalau tak ujan. aku rasa hari ni sampai lusa tak hujan, insya allah. cepat kerja kita"

bagus la jugak kalau boleh abeh kerja ni cepat-cepat. banyak sangat masalah. serba tak kena.

"hari ni depa tak kacau?" - depa: main contractor. kacau: ligan progress. main contractor ni selalu kejar2 kitorang.padahal site mmg problem. haruslah terlewat sikit. nak buat macam mana. bukan bulih tutup suis ujan ka, banjir ka.

"hari ni tak berapa kacau" jawab bang kalid. slow je. "janji site jalan."

"baguslah. takdelah tensen sangat nak menjawab" aku cuba berseloroh.

"tu lah. susah betoi nak puaskan hati depa ni. asrap, aku nak pesan kat hang. hang muda lagi kan? umoq berapa?"

"20 lebeh" pendek je aku jawab.

"muda lagi. banyak lagi masa. bujang lagi kan?"

angguk kecik. ahah. segan lah pulak. macam tgh dengar nasihat tok guru la plak.

"selagi hang boleh gembirakan diri hang sendiri, pi la buat benda2 yang hang suka. kalau hang suka mengai, p mengai. kalau hang suka jalan2, p jalan merata. kalau hang suka mandi sungai, pi mandi sungai"

"er. awat?" aku kompius. tiba2 suruh p wat menda2 merapu pasaipa nih. ish.

"umoq hang muda, hang hidup, hang tak payah pikiaq pasal orang lagi. hang dengan urusan hang. tak kisah la hang nk duk senang ka susah ka, makan megi hari-hari ka, duk rumah kongsi ka, tu hang punya pasai. tanggungjawab takdak lagi"

"ooo..." pura pura paham.

"hang pikiaq balik, bila hang tua, hang tak boleh dah pikiaq pasai hang sorang saja. bini hang. anak hang. mak pak mentua hang. adik hang.adik ipaq lagi. hang dah bertanggungjawab atas kegembiraan depa ni nanti"

"ouh."

"hang nampak honda civic baru aku tu?" dia menjuihkan mulut ke arah keretanya. baru sangat.plate PHY. hujung tahun lepas agaknya.

"terus terang kat hang, kereta ni bukan aku hingin sangat pun nak pakai. ikut aku, pakai ex5 sudah. tak payah pikiaq2 sevis la, jem tengah pekan la, instolmen bulan2 la. pening kepala. aku beli ni pun, sebab bini aku. malu lah kereta lama, kereta kecik. anak-anak pun sama jugak"

"oooouuhhhhh." panjang sikit oh aku. paham la aku sbb apa dia merungut.

orang lelaki, generally speaking, muda-muda, korang hidup, korang nk happy2, semua atas kehendak korang sendiri. duduk rumah sewa dengan member sampai 10 orang serumah pun boleh je.

tapi bila semakin tua, jadi tanggungjawab pulak menggembirakan orang lain. isteri, anak-anak. kereta rumah. macam-macam lagi. kita bukan hidup untuk diri sendiri. tapi hidup untuk orang lain. agaknya, sebab tulah bang kalid suruh aku buat apa yang aku nak buat puas2 sementara masih berkesempatan. jangan bazirkan masa muda.

kesimpulannya? toksah la pikiaq sangat pasai orang len. xde pekdahnya. bek pikir psl diri sendiri tu. hepi ke tak tuh.

do something meningful to your life. its your life. not theirs. luls.

Wednesday, April 15, 2009

undi undi undi... sakit sakit sakit... kerja kerja kerja...


lol. besar kan kertas undi.

ni kertas undi aku. aku amik gamba ni sendiri. nak masuk lam ballot box tu sampai kena lipat 8 kui kui kui.

dan semestinya sebelum aku mangkah kertas undi nih ahahah.kang kantoi aa aku pangkah apa. besa gabak ketas nih. lagi besa dari ketas A4. bes betul.

pas ngundi tuh, kena masuk hospital balik. esok kena teropong perot o.o





aku patutnye posa aritu, sbb nk teropong perut, kenalah perut kosong. kalo tak, nampak tahi jelah lol. tapi petang tu aku dah termelantak makanan, so mlm tu dokto bagi ubat untuk aku cirit birit. uh... seksanya ya allah sbb pkl 3-4 pagi kena g toilet tiap2 10 minit.

ubat cirit:




esoknye g tropong. alhamdulillah, xde kesan tumor dah. bekesan gak berubat tradisional nih luls. sekarang pn cirit birit dah kurang. fyi dah 4 bulan aku cirit birit constantly. hak hak hak. cam kelakar tapi kalo korang kena, taulah korang seksanya. dan ade pulak lump besa gabak kat atas lubang apendik. skang dah surut. so tak adelah risau sgt skrg. leh konsentret kerja he he.







btw berat da turun 10kg hasil protein-only diet selama sebulan lebeh =D

concreting a mass RC slab

hujan lebat lagi. ish2. susah betoi nak wat kerja. tak apalah, dah Allah nk turunkan ujan, redha jela. sekarang ni crucial part untuk project aku. concreting.

kenapa aku cakap mass slab? sebab dia besar. bayangkan ukuran 43.0m x 15m. tebal concrete at least 400mm. sila calculate sendiri volume of concrete yang diperlukan. 90% dari volume slab, tolak besi, air pocket dll.

soklan cepumas kepada sapa2 yang amik civil engin: berapa lama masa diperlukan untuk concreting slab tersebut?

jawapan akan diberi pada minggu hadapan. selamat mencuba!

tag eena the hot cameraphile

1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?

suka. kalo tak, xdenye nak update2 nih


2. Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

blogroll kat sebelah ni yang selalu update.


3. Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda ? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati ? dan Siapakah org itu ?

si dia. siapa dia? biarlah kami berdua je tahu luls.


5. Pernah tak cinta anda tidak di balas?

loser sahaja akan bercerita tentang cinta tak kesampaian


6. Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5

takder comment. takde berharap sgt.


7. Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

26


8. Nak berapa anak?

1


9. Lucky person yg anda ingin tag:

si dia yang disebut kat soklan nombo 3 tadi. silalah jawab.

Monday, April 13, 2009

tag by belle the hot kanak kanak

1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?

jawapan pendek: tak suka. tak dak sebab

jawapan panjang sikit: kadang-kadang suka. depends kat keadaan

jawapan panjang: suka, terutamanya bila ada good news. im not really fond of emo-blogging but i did it, occassionally :b



2. Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

blogroll kat sebelah ni yang selalu update. malas nak bloghopping, unless betoi2 bosan n takde keje.



3. Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda ? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati ? dan Siapakah org itu ?

kamu pasti tahu kamu orangnya. kalau tak terasa maknanya bukan kamu la orangnya. tak perlu elaboration rasanya hahah.


5. Pernah tak cinta anda tidak di balas?

loser sahaja akan bercerita tentang cinta tak kesampaian


6. Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)

aku tak memilih. so takde ciri-ciri idaman.rigid sangatlah soalan ni.



7. Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

jawapan tak serius langsung: 16

jawapan agak serius: tunggu sampai kaya

jawapan separa serius: sampai redi

jawapan serius: 30



8. Nak berapa anak?

sorang


9. Lucky person yg anda ingin tag:

since tahun ni aku tak berapa lucky, aku takmo tag sapa-sapa.

sekian.

Sunday, April 12, 2009

aku sudah rindu jadik cikgu

cewah. rindu rindu pulak. aku ngaku aku penah keje cikgu. dan jadik kuli gerai. dan kuli kebun getah/kelapa sawit. dan kuli kedai supplier buku.

aku taknah pn cite kat orang sal ni. tp cam aku tgh mood bercerita so tak apelah, kali ni aku cerita pasal keje cikgu sajalah.

- aku rindu menulis buku rekod mengajar. padahal aku taram je ngaja. bwahahah. guru besar taknah cek pun, lantak lah.

- aku rindu buat garang kat budak2. rawr. semua takut. tanya la dak2 kelas aku hahahahah.

-budak darjah 5 nih kiut-kiut belaka. hahahahahahah (sila jangan baca dengan nada paedo)

- tulisan, masya allah. cacing lagi lawa. sepbek ngajar maths. kalo karangan? mampus aku.

- cikgu yang ngaja kelas2 dak pandai biasanya akan ngaja satu kelas dak2 'tak berapa pandai'

- aku ngaku aku maleh masuk kelas bawah2 nih. kenapa? ketegaq nak mampuih.

- hukuman paling berkesan untuk dak2 suka berjalan - berdiri kat belakang kelas ngadap dinding. padan muka.

- budak-budak sangat takut kat cikgu disiplin. cikgu rodziah. peh, tak bagi muka langsung. aku pun takut kat dia.

- kelas budak darjah 6 akan dipenuhi bau-bau ketiak gadis2 pre-puberty yang masih tak reti pakai deodorant. hins.

- pengalaman paling gelabah kalo ade dak first time period lam kelas. dem.

- cikgu besar dah pesan jangan tibai dak2. aku tibai gak. dulik apa hahahahahah.

- pembaris 3 batang patah di tangan aku. garang x? rawr.

- pantang ada gap antara kelas, aku pulas minyak moto balik umah tido. bes. luls.

- aku ngaku aku lari masa lepas test. berkepuk2 paper dak2 kena tanda. nasep la sapa2 yang ganti aku pasnih. luls.

- sesungguhnya keje cikgu paling rilek dan paling bes. kecuali masa cikgu besar masuk cek. huhuhuh.

- kerja ni sangat-sangat tak rekemended untuk budak-budak helopojek terutamanya mazrep dan yap. hazard tinggi.

nasihat aku, minggu pertama jangan bagi muka langsung kat budak-budak. nnt lagi teruk diorang naik kepala. pas seminggu dua tu nk lenion sikit boleh lah. tapi sikit je. budak2 la ni teruk lah lol. baru aku tau well-behaved nye dak2 sekolah tahun 90-an berbanding sekarang.

aku benci ujan

kenapa aku benci ujan:
- safety boot baru aku tercemar dengan onar2 berupa selut dan lumpur.
- site aku betul-betul bawah parit air, pas ujan bertakung cam neherem. siap ada ikan haruan 2-3 ekor tersangkut situ. rezeki bangla lol.
- tanah lembut. misin takleh masuk site. nanti sangkut.
- kena sewa pam air. duit lagi. dah la main con kaki tekan cam sial. depa ingat ujan ni ada suis on off ka
- balik umah nek moto pukul 530. on the way hujan lebat. sial.
- pekan BM jem cam neherem. tambah-tambah kalau hujan. ataupun ada nyonya rabun bawak kete besar2 tapi tak reti pakai gear 3,4,5. amoi aku salute. kete honda city, tapi cam bawak F1.

dan aku ngaku aku duk site secara haram. xde green card, takde induction course. hahah. kena saman bes nih.

sekian construction man melaporkan.

Wednesday, April 8, 2009

random thoughts

bosan. sangat bosan kalo duk spital sorang-sorang dalam wad kelas 2. dah la aircond sejuk. esok kena resign keje.

malas la cenggini.

tiba tiba aku rasa lagu 'bila aku sudah tiada' oleh hujan cambest plak luls. kena dengan situasi.

k lah babai

Monday, April 6, 2009

pesanan

kawan kawan

jika kamu punyai waktu panjang, nikmatilah ia sepuas puasnya
jika kamu punyai kesihatan, jagalah ia semampunya
jika kamu punyai wang, belanjalah sehemahnya
jika kamu punyai umur panjang, bersyukurlah dengannya.

aku tahu aku hipokrit memberi pesanan-pesanan itu. aku mengaku, bnyk pesanan tu yang aku tak amalkan, sengaja atau tidak sengaja. tak apa, berpesan-pesan tu nabi suruh. so baik berpesan-pesan kebaikan sementara masih ada waktu.

dan aku manusia yang banyak kelemahan.

maafkan aku sekiranya ada salah silap.
maafkan aku kalau aku tidak berlaku jujur.
maafkan aku kalau aku terlanjur kata.
maafkan aku jika tersakit hati.

aku tak sempurna.

yang pernah memberi aku hutang, terima kasih. akan aku cuba membayarnya di waktu terdekat. kalau aku dalam kubur, jangan risau, aku dah pesan baik-baik kat waris aku tolong selesaikan.
yang pernah berdendam dengan aku, harap maafkanlah. kalau aku ada salah silap, cakap lah terus terang. jangan dibawak masuk kubur. aku takmau mati tak tenang nanti.
yang pernah bagi aku makan, berjuta penghargaan aku berikan. aku tak mampu balas. tak apalah, ada malaikat kiri kanan catit amalan korang.
yang pernah memberi ilmu dan tunjuk ajar, terima kasih daun keladi. maafkan kebodohan aku.

post kali ini betul betul serius. aku tak mau nanti tak sempat, baru nak menyesal kenapa tak minta maaf awal-awal, terima kasih awal-awal.

dan kalau kamu peduli lah, akaun fs, gtalk, fb aku dah delete. so memang dah tak ada ye =)

jgn risau, henset je aku tak buang lagi.

dan sekarang beruntung tak punya sahabat karib. sekurang-kurangnya tak ada yang menangis untukku. bagi aku, tak ada faedah berkongsi kesedihan.

ketawa biar ramai ramai. menangis jangan siapa tahu.

dan untuk kamu yang pernah menjadi istimewa untukku, terima kasih untuk segalanya. maaf kalau aku tak reti menghargainya, tapi dalam hati siapa tahu? semoga kamu ada orang lain yang lebih menghargai pengorbananmu daripadaku.

jika kamu redha, aku redha.

untuk rakan-rakan yang sudah berjaya, alhamdulillah, aku tumpang gembira. yang masih menunggu P ataupun masih tercari-cari, jangan cepat mengalah. rezeki di mana-mana.

SABAR ITU PENTING.

ini baru mula nak berleter part 1. ada lagi. umur panjang, kutulis lagi rakan-rakan ye.

maaf jikalau blog jarang berupdate. internet subscription sudah tiada. terminate awal-awal senang. nanti susah pulak mak ayah kena terminate. so, kembali ke zaman menumpang broadband sekolah. he he.

doakan aku sihat selalu. terima kasih.

ps - fb lom delete. sungguh komplikated proses delete acc fb neh. gila. last resort, tutup komen tutup semua. tinggal status udeh.