kawan kawan
jika kamu punyai waktu panjang, nikmatilah ia sepuas puasnya
jika kamu punyai kesihatan, jagalah ia semampunya
jika kamu punyai wang, belanjalah sehemahnya
jika kamu punyai umur panjang, bersyukurlah dengannya.
aku tahu aku hipokrit memberi pesanan-pesanan itu. aku mengaku, bnyk pesanan tu yang aku tak amalkan, sengaja atau tidak sengaja. tak apa, berpesan-pesan tu nabi suruh. so baik berpesan-pesan kebaikan sementara masih ada waktu.
dan aku manusia yang banyak kelemahan.
maafkan aku sekiranya ada salah silap.
maafkan aku kalau aku tidak berlaku jujur.
maafkan aku kalau aku terlanjur kata.
maafkan aku jika tersakit hati.
aku tak sempurna.
yang pernah memberi aku hutang, terima kasih. akan aku cuba membayarnya di waktu terdekat. kalau aku dalam kubur, jangan risau, aku dah pesan baik-baik kat waris aku tolong selesaikan.
yang pernah berdendam dengan aku, harap maafkanlah. kalau aku ada salah silap, cakap lah terus terang. jangan dibawak masuk kubur. aku takmau mati tak tenang nanti.
yang pernah bagi aku makan, berjuta penghargaan aku berikan. aku tak mampu balas. tak apalah, ada malaikat kiri kanan catit amalan korang.
yang pernah memberi ilmu dan tunjuk ajar, terima kasih daun keladi. maafkan kebodohan aku.
post kali ini betul betul serius. aku tak mau nanti tak sempat, baru nak menyesal kenapa tak minta maaf awal-awal, terima kasih awal-awal.
dan kalau kamu peduli lah, akaun fs, gtalk, fb aku dah delete. so memang dah tak ada ye =)
jgn risau, henset je aku tak buang lagi.
dan sekarang beruntung tak punya sahabat karib. sekurang-kurangnya tak ada yang menangis untukku. bagi aku, tak ada faedah berkongsi kesedihan.
ketawa biar ramai ramai. menangis jangan siapa tahu.
dan untuk kamu yang pernah menjadi istimewa untukku, terima kasih untuk segalanya. maaf kalau aku tak reti menghargainya, tapi dalam hati siapa tahu? semoga kamu ada orang lain yang lebih menghargai pengorbananmu daripadaku.
jika kamu redha, aku redha.
untuk rakan-rakan yang sudah berjaya, alhamdulillah, aku tumpang gembira. yang masih menunggu P ataupun masih tercari-cari, jangan cepat mengalah. rezeki di mana-mana.
SABAR ITU PENTING.
ini baru mula nak berleter part 1. ada lagi. umur panjang, kutulis lagi rakan-rakan ye.
maaf jikalau blog jarang berupdate. internet subscription sudah tiada. terminate awal-awal senang. nanti susah pulak mak ayah kena terminate. so, kembali ke zaman menumpang broadband sekolah. he he.
doakan aku sihat selalu. terima kasih.
ps - fb lom delete. sungguh komplikated proses delete acc fb neh. gila. last resort, tutup komen tutup semua. tinggal status udeh.
2 comments:
ropi, ko tengah transition process ke ape nih??
Post a Comment