ingatlah pesan sultan azlan shah:
"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"
- Sultan Azlan Shah
Ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
dan untuk yang berminat pasal daulat raja2 ni, aku rasa tak ramai yg tau kisah beting beras basah dan pertabalan sultan azlan shah. nak tau pasal beting beras basah kat sini.
menariknya, aku terbaca tentang peristiwa dimana waktu pertabalan sultan azlan shah, beting itu dikatakan tidak timbul kerana darah raja yang mengalir dalam tubuh baginda sultan tidak begitu kuat rajanya berbanding ketika pertabalan sultan idris.
hu hu. sultan sekarang kurang daulat berbanding dulu kah? entah. Allah Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment