Friday, November 7, 2008

ku ingin seperti dulu

ku ingin seperti dulu
bebas ke mana-mana
tidak perlu lapor diri kpd siapa2

ku ingin seperti dulu
bebas berkawan
tidak perlu berfikir tentang si dia

ku ingin seperti dulu
tiada siapa mengawal, tiada siapa menyoal
tiada siapa kisah, tiada siapa ambil tahu
tiada yang peduli, tiada yang ambil berat

sekarang semua itu sudah tiada
yang ada hanyalah hati yg perlu dijaga





tp ingatlah detik detik gembira
aku dan dia
tiada yg ambil peduli tentang kami
yang ada hanya kami dan dunia kami
'carefree' dan bebas
saling menghormati saling menyayangi

pertanyaan bkn utk siasatan
untuk mengambil berat tentang dia

pertanyaan bkn tanda cemburu
tanda aku ingat pada dia

pertanyaan bukan maksudnya marah
sekadar mahu tahu keadaan diri

masih mahu seperti dulu?
hidup tanpa aku?

benarlah 'you will not realise what you have till its gone'
seseorang xkan tahu menghargai sehingga kehilangan

mungkin bila aku tiada perasaan gembira itu akan ada

tapi ingatlah nnt

bilamana nnt kau perlukan seseorang utk mendengar luahan hati
pasti akan terasa kehilangannya

bilamana kau perlukan seseorang memujukmu ketika sedih
pasti akan terasa kehilangannya

bilamana kau perlukan seseorang menemanimu ketika kesunyian
pasti akan terasa kehilangannya

bilamana kau perlukan seseorang yang memberi bantuan tanpa mengharapkan apa-apa
pasti akan terasa kehilangannya

aku di sini. tetap menunggumu.

No comments: