Wednesday, April 15, 2009

undi undi undi... sakit sakit sakit... kerja kerja kerja...


lol. besar kan kertas undi.

ni kertas undi aku. aku amik gamba ni sendiri. nak masuk lam ballot box tu sampai kena lipat 8 kui kui kui.

dan semestinya sebelum aku mangkah kertas undi nih ahahah.kang kantoi aa aku pangkah apa. besa gabak ketas nih. lagi besa dari ketas A4. bes betul.

pas ngundi tuh, kena masuk hospital balik. esok kena teropong perot o.o





aku patutnye posa aritu, sbb nk teropong perut, kenalah perut kosong. kalo tak, nampak tahi jelah lol. tapi petang tu aku dah termelantak makanan, so mlm tu dokto bagi ubat untuk aku cirit birit. uh... seksanya ya allah sbb pkl 3-4 pagi kena g toilet tiap2 10 minit.

ubat cirit:




esoknye g tropong. alhamdulillah, xde kesan tumor dah. bekesan gak berubat tradisional nih luls. sekarang pn cirit birit dah kurang. fyi dah 4 bulan aku cirit birit constantly. hak hak hak. cam kelakar tapi kalo korang kena, taulah korang seksanya. dan ade pulak lump besa gabak kat atas lubang apendik. skang dah surut. so tak adelah risau sgt skrg. leh konsentret kerja he he.







btw berat da turun 10kg hasil protein-only diet selama sebulan lebeh =D

concreting a mass RC slab

hujan lebat lagi. ish2. susah betoi nak wat kerja. tak apalah, dah Allah nk turunkan ujan, redha jela. sekarang ni crucial part untuk project aku. concreting.

kenapa aku cakap mass slab? sebab dia besar. bayangkan ukuran 43.0m x 15m. tebal concrete at least 400mm. sila calculate sendiri volume of concrete yang diperlukan. 90% dari volume slab, tolak besi, air pocket dll.

soklan cepumas kepada sapa2 yang amik civil engin: berapa lama masa diperlukan untuk concreting slab tersebut?

jawapan akan diberi pada minggu hadapan. selamat mencuba!

tag eena the hot cameraphile

1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?

suka. kalo tak, xdenye nak update2 nih


2. Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

blogroll kat sebelah ni yang selalu update.


3. Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda ? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati ? dan Siapakah org itu ?

si dia. siapa dia? biarlah kami berdua je tahu luls.


5. Pernah tak cinta anda tidak di balas?

loser sahaja akan bercerita tentang cinta tak kesampaian


6. Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5

takder comment. takde berharap sgt.


7. Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

26


8. Nak berapa anak?

1


9. Lucky person yg anda ingin tag:

si dia yang disebut kat soklan nombo 3 tadi. silalah jawab.

Monday, April 13, 2009

tag by belle the hot kanak kanak

1. Adakah anda suka blogging? Kenapa?

jawapan pendek: tak suka. tak dak sebab

jawapan panjang sikit: kadang-kadang suka. depends kat keadaan

jawapan panjang: suka, terutamanya bila ada good news. im not really fond of emo-blogging but i did it, occassionally :b



2. Blog siapa yg anda selalu skodeng? Nyatakan 5 (buat masa ini)

blogroll kat sebelah ni yang selalu update. malas nak bloghopping, unless betoi2 bosan n takde keje.



3. Adakah anda menginginkan seseorang dalam hidup anda ? Yang boleh menyayangi anda sepenuh hati ? dan Siapakah org itu ?

kamu pasti tahu kamu orangnya. kalau tak terasa maknanya bukan kamu la orangnya. tak perlu elaboration rasanya hahah.


5. Pernah tak cinta anda tidak di balas?

loser sahaja akan bercerita tentang cinta tak kesampaian


6. Ciri2 idaman bf/gf anda? Nyatakan 5 (btolkan skit: suami/isteri)

aku tak memilih. so takde ciri-ciri idaman.rigid sangatlah soalan ni.



7. Pada umur berapakah anda merancang untuk berkahwin?

jawapan tak serius langsung: 16

jawapan agak serius: tunggu sampai kaya

jawapan separa serius: sampai redi

jawapan serius: 30



8. Nak berapa anak?

sorang


9. Lucky person yg anda ingin tag:

since tahun ni aku tak berapa lucky, aku takmo tag sapa-sapa.

sekian.

Sunday, April 12, 2009

aku sudah rindu jadik cikgu

cewah. rindu rindu pulak. aku ngaku aku penah keje cikgu. dan jadik kuli gerai. dan kuli kebun getah/kelapa sawit. dan kuli kedai supplier buku.

aku taknah pn cite kat orang sal ni. tp cam aku tgh mood bercerita so tak apelah, kali ni aku cerita pasal keje cikgu sajalah.

- aku rindu menulis buku rekod mengajar. padahal aku taram je ngaja. bwahahah. guru besar taknah cek pun, lantak lah.

- aku rindu buat garang kat budak2. rawr. semua takut. tanya la dak2 kelas aku hahahahah.

-budak darjah 5 nih kiut-kiut belaka. hahahahahahah (sila jangan baca dengan nada paedo)

- tulisan, masya allah. cacing lagi lawa. sepbek ngajar maths. kalo karangan? mampus aku.

- cikgu yang ngaja kelas2 dak pandai biasanya akan ngaja satu kelas dak2 'tak berapa pandai'

- aku ngaku aku maleh masuk kelas bawah2 nih. kenapa? ketegaq nak mampuih.

- hukuman paling berkesan untuk dak2 suka berjalan - berdiri kat belakang kelas ngadap dinding. padan muka.

- budak-budak sangat takut kat cikgu disiplin. cikgu rodziah. peh, tak bagi muka langsung. aku pun takut kat dia.

- kelas budak darjah 6 akan dipenuhi bau-bau ketiak gadis2 pre-puberty yang masih tak reti pakai deodorant. hins.

- pengalaman paling gelabah kalo ade dak first time period lam kelas. dem.

- cikgu besar dah pesan jangan tibai dak2. aku tibai gak. dulik apa hahahahahah.

- pembaris 3 batang patah di tangan aku. garang x? rawr.

- pantang ada gap antara kelas, aku pulas minyak moto balik umah tido. bes. luls.

- aku ngaku aku lari masa lepas test. berkepuk2 paper dak2 kena tanda. nasep la sapa2 yang ganti aku pasnih. luls.

- sesungguhnya keje cikgu paling rilek dan paling bes. kecuali masa cikgu besar masuk cek. huhuhuh.

- kerja ni sangat-sangat tak rekemended untuk budak-budak helopojek terutamanya mazrep dan yap. hazard tinggi.

nasihat aku, minggu pertama jangan bagi muka langsung kat budak-budak. nnt lagi teruk diorang naik kepala. pas seminggu dua tu nk lenion sikit boleh lah. tapi sikit je. budak2 la ni teruk lah lol. baru aku tau well-behaved nye dak2 sekolah tahun 90-an berbanding sekarang.

aku benci ujan

kenapa aku benci ujan:
- safety boot baru aku tercemar dengan onar2 berupa selut dan lumpur.
- site aku betul-betul bawah parit air, pas ujan bertakung cam neherem. siap ada ikan haruan 2-3 ekor tersangkut situ. rezeki bangla lol.
- tanah lembut. misin takleh masuk site. nanti sangkut.
- kena sewa pam air. duit lagi. dah la main con kaki tekan cam sial. depa ingat ujan ni ada suis on off ka
- balik umah nek moto pukul 530. on the way hujan lebat. sial.
- pekan BM jem cam neherem. tambah-tambah kalau hujan. ataupun ada nyonya rabun bawak kete besar2 tapi tak reti pakai gear 3,4,5. amoi aku salute. kete honda city, tapi cam bawak F1.

dan aku ngaku aku duk site secara haram. xde green card, takde induction course. hahah. kena saman bes nih.

sekian construction man melaporkan.

Wednesday, April 8, 2009

random thoughts

bosan. sangat bosan kalo duk spital sorang-sorang dalam wad kelas 2. dah la aircond sejuk. esok kena resign keje.

malas la cenggini.

tiba tiba aku rasa lagu 'bila aku sudah tiada' oleh hujan cambest plak luls. kena dengan situasi.

k lah babai

Monday, April 6, 2009

pesanan

kawan kawan

jika kamu punyai waktu panjang, nikmatilah ia sepuas puasnya
jika kamu punyai kesihatan, jagalah ia semampunya
jika kamu punyai wang, belanjalah sehemahnya
jika kamu punyai umur panjang, bersyukurlah dengannya.

aku tahu aku hipokrit memberi pesanan-pesanan itu. aku mengaku, bnyk pesanan tu yang aku tak amalkan, sengaja atau tidak sengaja. tak apa, berpesan-pesan tu nabi suruh. so baik berpesan-pesan kebaikan sementara masih ada waktu.

dan aku manusia yang banyak kelemahan.

maafkan aku sekiranya ada salah silap.
maafkan aku kalau aku tidak berlaku jujur.
maafkan aku kalau aku terlanjur kata.
maafkan aku jika tersakit hati.

aku tak sempurna.

yang pernah memberi aku hutang, terima kasih. akan aku cuba membayarnya di waktu terdekat. kalau aku dalam kubur, jangan risau, aku dah pesan baik-baik kat waris aku tolong selesaikan.
yang pernah berdendam dengan aku, harap maafkanlah. kalau aku ada salah silap, cakap lah terus terang. jangan dibawak masuk kubur. aku takmau mati tak tenang nanti.
yang pernah bagi aku makan, berjuta penghargaan aku berikan. aku tak mampu balas. tak apalah, ada malaikat kiri kanan catit amalan korang.
yang pernah memberi ilmu dan tunjuk ajar, terima kasih daun keladi. maafkan kebodohan aku.

post kali ini betul betul serius. aku tak mau nanti tak sempat, baru nak menyesal kenapa tak minta maaf awal-awal, terima kasih awal-awal.

dan kalau kamu peduli lah, akaun fs, gtalk, fb aku dah delete. so memang dah tak ada ye =)

jgn risau, henset je aku tak buang lagi.

dan sekarang beruntung tak punya sahabat karib. sekurang-kurangnya tak ada yang menangis untukku. bagi aku, tak ada faedah berkongsi kesedihan.

ketawa biar ramai ramai. menangis jangan siapa tahu.

dan untuk kamu yang pernah menjadi istimewa untukku, terima kasih untuk segalanya. maaf kalau aku tak reti menghargainya, tapi dalam hati siapa tahu? semoga kamu ada orang lain yang lebih menghargai pengorbananmu daripadaku.

jika kamu redha, aku redha.

untuk rakan-rakan yang sudah berjaya, alhamdulillah, aku tumpang gembira. yang masih menunggu P ataupun masih tercari-cari, jangan cepat mengalah. rezeki di mana-mana.

SABAR ITU PENTING.

ini baru mula nak berleter part 1. ada lagi. umur panjang, kutulis lagi rakan-rakan ye.

maaf jikalau blog jarang berupdate. internet subscription sudah tiada. terminate awal-awal senang. nanti susah pulak mak ayah kena terminate. so, kembali ke zaman menumpang broadband sekolah. he he.

doakan aku sihat selalu. terima kasih.

ps - fb lom delete. sungguh komplikated proses delete acc fb neh. gila. last resort, tutup komen tutup semua. tinggal status udeh.

Tuesday, March 10, 2009

Down the drain

Have you ever felt that your dreams fell down from the sky, just to be swept down into the drain?

It is painful, to the least.

I need time to reconcile.

Hopes and dreams.

Sacrifices had to be made.

Not everything we wished for are meant for us.

Thank you dreams and hopes. You made me happy. Even for a short while. And now you stab my back painfully.

Don't worry. I don't hold grudges.

And i believe that someday, somehow, i will be whatever i want to be.


---

Regards,
Mohd Asyrafi Bin Abd Halim

sent using HTC Touch-Celcom Broadband on Windows Mobile 6.

Thursday, March 5, 2009

10 things i hate about you.. er.

saja nak rhyme dgn lagu miley cyrus "7 things i hate about you". luls.

10 things about the person who tagged me:

a-rape
http://www.berryz-switchon.net/klise/

1. chubby. luls.

2. kelisa hensem wpon sep. hahah. ada skrin lcd tu.

3. kaki gadget.

4. laptop tukun yng popular. skang da tuka

5. orang pertama aku kua gath #h!p dgn lobo. aku ingat lobo dak rm sbb pki jaket medtek luls

6. sep dgn koleksi. kene merayu baru dpt. contoh: 'lagu BK' yang ada senaman2 n klisabra

7. ayat lapik2 baekk punya. master segala sarcasm. hahahah

8. skendel beliau? bwahahahaha sampai skang xmoh ngaku. dem.xabeh2 ngaku ade skendel dgn aibon.

9. dewa stadi. tiap2 kali aku g bilik dia, mesti tgh stadi.

10. mcm bersosial, tapi selalu jln sorang2 layan ipod.


don
http://donsyed.blogspot.com/

1. kurus kering. rasa kesian pn ada.

2. terpisah dengan kembar beliau dari timor leste sejak kecik lagi. xsangka leh jumpak kat utp

3. cuba mencari perhatian dengan mencipta kontroversi, tapi gagal. wahahah.

4. tiap2 hari bergaduh dgn awek (exaggaration je). tapi begaduh pagi, tghr kang makan sama2 gak. luls. cam laki bini. suwit.

5. kaki flirt nombor satu. awek orang pon dia bantai flirt. patut ar bini marah. lol.

6. pemikiran educated. seronok tol diskusi. esp kalo idea dia bertentangan dgn apa yang ko rasa

7. sang disisihkan. bukan sengaja pun, tapi mmg tersisih. time orang takde aktif bebel lam cenel. time orang nk ajak kuar, takde. sian...

8. bersemangat tol benda2 collectibles ni. contoh: magic the gathering.

9. trademark: cap. tak tuka2 dari pondesen. panas ke, ujan ke, aircond ke, duk pakai cap tu jela. nak cover rambut hensem ke bang. hahah

10. sampai skang aku tak tau kancil yang dia bwk tu dela punya ke dia punya. hentam sajala.

---

ok done. skang nk komen tag syed:

#1b describe 10 things about the person who tag u (Ropi)

1. Physically outgrown. =P
nokomen.

2. Bold and blunt.
ouch. most of the people close to me have known about this. jgn la cepat terasa ek. im a direct person, unintentionally. tapi kalo nk tego, mostly ill do it using sarcasm. hahah

3. Spammer for attention.
ye tak ye jugak.luls.

4. Bad luck with the ladies.
..
correction. yang betul2 aku penah ngorat sorang je. len2 tu flirt men2 je. hahah. sbb aku tau ukur baju di badan sendiri XD

5. Caring yet try to act as care-not.
omg.

6. A great discussions partner for any heavy discussions I would like to have from time to time.
at times, outspoken. too much, in fact. to the point of being annoying.

7. Fashion-less.
XD

8. Accept criticism openly.
know yourself in other's perspective. often the bitterest of pills is the best medicine.

9. A good followers/ workers.
a great leader is a good follower.

10. I see him as I see myself in a mirror. (well, maybe he is better)
cubaan membodek nampak. hahah.

Wednesday, March 4, 2009

aku mengaku

aku mengaku aku fetish leher yang ader choker.



puas hati? aku dah ngaku dlm blog. giliran ko pulak.

ps- ini spam semata-mata. sila ignore jika tiada kaitan dengan kamu.

things that shouldnt be brought along on an international flight

http://www.abc.net.au/news/stories/2008/02/08/2158134.htm 

http://rockybru.com.my/2008/02/aca-mas-and-mails-kiddie-porn.html

*sebagai intro, mat saleh menggunakan last name dalam urusan rasmi, eg dalam laporan suratkhabar, jadi nama bapak akan ditulis, instead of nama sendiri. contoh, encik abu bin ali, jadik Mr Ali.

kesian. gara-gara nama ahmad said. co-pilot yang digembar-gemburkan sebagai anak DG MACC sekarang timbul lagi nama dia. dikatakan ahmad said menggunakan kuasanya untuk mengarahkan surat kaba tutup kes tersebut, kerana yang terlibat adalah anak beliau. kes setahun lepas lagi. sekarang timbul balik, gara-gara kenyataan ahmad said yang dikatakan melampaui batas kuasanya.

aku tak mau speculate, kesahihan yang co-pilot tu anak ketua pesuruhjaya MACC pun tak dapat dipastikan. aku cuba google, tapi takde berhasil. semuanya lead kepada email kepada kononnya seorang kapten MAS bernama Reinu. jadi aku anggap hanya kebetulan bapak co-pilot tu bernama ahmad said.

tapi agak menghairankan juga, kerana pada waktu tersebut, kecoh diperkatakan tentang kehilangan sharlinie dan nurin, namun kes co-pilot kantoi seludup pornografi kanak-kanak macam takder perhatian. sepatutnya menjadi media coverage. pornografi itu sendiri sudah menjadi kesalahan, apatah lagi pornografi kanak-kanak!

sengaja ditutupkah ataupun memang pihak media tak berminat nak cover berita ini?

kasihan. kes sudah setahun berlalu, barangkali ramai sudah pun lupa. namun tiba-tiba timbul balik.

nasihat aku, ambiklah berita daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai saja. independent parties. dan confirmkan berita tersebut. google ada, yahoo ada. jangan mengharapkan sangat forwarded email. selalunya tak boleh pakai. walaupun siap dengan nombor staff la, emel staff la. boleh ke kita cek identiti sender email melalui nombor staff? xkoser aku nk g MAS cek sekor2 luls.

jadi, janganlah bawak porn dlm flight, terutamanya international flight. kantoi bodo je. buat malu.

Tuesday, March 3, 2009

tag

tag:

#1 describe 10 things about the person who tag u

wadik tags me, so here is his description:

1. kelisa
2. rambut cacak
3. vertically challenged
4. kurus kering
5. ex admin k5
6. sungai petani
7. sekolah agama
8. bisnes ink dvd
9. kerja kat israel. er. penang
10. ahli pemuda umno tegar. luls.

sorilah. len2 semua hang dah tulih senirik. luls.

#2 Describe 10 things about you

1. lelaki seksi
2. bising dgn member, diam dgn stranger
3. tokan. er. bekas tokan.
4. sarcastic in a literal tone
5. ex admin k5 gak luls
6. ex admin dc++ v5
7. penah layan musume luls
8. ahli #h!p tegar
9. kalo aku cakap aku ex player ragbi korg caye tak. bwahahah
10. plan ahead terlalu teliti sampai plan xjadik2

#3 at the end you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

1. payeh

2. apek likipong
3. Don Syed
4. a-rape (klise)
5. mazrep
6. Belle
7. kN
8. sUe
9. najmi
10. mena (yep, nadia amena)

so korang tulih la 10 description aku. sekian.

ingat-ingatlah pesan raja kita

malas nak komen. tunggu dan lihat. komen banyak2 nanti kena blacklist. taleh keja gomen.

ingatlah pesan sultan azlan shah:

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"

- Sultan Azlan Shah

Ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

dan untuk yang berminat pasal daulat raja2 ni, aku rasa tak ramai yg tau kisah beting beras basah dan pertabalan sultan azlan shah. nak tau pasal beting beras basah kat sini.

menariknya, aku terbaca tentang peristiwa dimana waktu pertabalan sultan azlan shah, beting itu dikatakan tidak timbul kerana darah raja yang mengalir dalam tubuh baginda sultan tidak begitu kuat rajanya berbanding ketika pertabalan sultan idris.

hu hu. sultan sekarang kurang daulat berbanding dulu kah? entah. Allah Maha Mengetahui.