ikuti rahsianya sebentar lagi.
tahukah anda, sepupu-sepupu saya yang rata-rata berumur 1-5 tahun, baru tumbuh gigi dan belajar berkata-kata, memanggil saya pakcik. ya, betul. pakcik. dan saya seringkali ditanya "adik cikgu ka?" setiap kali pergi ke kenduri kendara ataupun ke mana-mana bersama ayah. ataupun "adik ustazah ka?" jika bersama ibu saya.
paling best? "tu bapak ustazah ka tu?" tatkala menghantar ibu mengajar disekolah. saya tak salahkan mereka walaupun rasanya mahu saja cili2kan mulut mungil mereka. mungkin kerana mereka rata-ratanya berusia 8-9 tahun. mungkin kerana pada masa tersebut, saya masih mamai dan perlu bergegas menghantar ibu pada pukul 8pagi memakai kain pelikat dan berketayap yg belum ditanggalkan sejak subuh lagi.
haha. stendet lah. muka matured.
dan suatu hari, ketika singgah di kampung, kebetulan ramai pula anak-anak kecil merangkap sepupu-sepupuku di sana. sebagai seorang sepupu yang pengasih lagi penyayang, segera dihulur gula-gula sour plum yang sengaja dibeli sewaktu dalam perjalanan tadi.
"mama, mama! pakcik tu kasik ceklet!"
...
dem sungguh. rosak mood betul. nak penampa kesian, comel plak tu. nasep hang la intan. lol.
jadi bermalamlah di kampung pada malam tersebut.
keesokan paginya, berbekalkan shaver singgit yang dibeli entah bila, terjumpak dalam beg baju, terus melangkah kebilik air.
masa tu almaklumlah. baru abeh belajar. jadi bermalas malasan lah sedikit nak trim2 janggut ni. bukan setakat janggut. misai jambang dan macam2 bulu lagi ada.
sret2. lancar sahaja bilah2 pisau mencantas helai2 janggut yang keras bak dawai besi. alamak bulu tersangkut. ketuk2 shaver. sret2 lagi. terlekat lagi. ketuk shaver lagi.
dan akhirnya, clean shave. luls. muda dan tampan bergaya sungguh. rasa macam ghey plak usha cermin lama-lama sambil memuji diri dalam hati.
abeh bersiap, lepak kat luar, dengan bapak-bapak sedara. besela, kol 8 pagi, sapkok luh.
tiba2 intan berlari2 keluar bersama adiknya. londeh2 lampin mereka. bejat dgn air mutawasitah. belum bertukar dari semalam kot. sila jangan buat2 geli. kalau geli tu maknanya korang xnah balik kampung yang ramai dak2 kecik time raya.
terus pergi ke abah mereka, menarik2 seluar jeans levis ciplak yang longgar. yang tu pun nak terlondeh gak. luls.
"abah, mama panggil makan."
(ni utk pakcik aku)
"abang, mama panggil makan!"
(ni utk aku)
BWAHAHAHA. bangganya saya ketika itu tuhan sahaja yang tahu. semalam pakcik, hari ni abang? sukses. berjaya menentang penuaan dalam hanya 12jam sahaja. nyatalah aku memang kacak hari itu.
tapi...
haih kecewanya. kalau lah intan itu seorang gadis berusia 18 tahun.
semalam kerek, pakcik2 je, tiba2 hari ni "abang~ meh makan"
bestnye.potong janggut je dah leh jadik abang. awek leh sangkut. kan best kalo camtu je.
oh mengelamun seketika.
luls
sekian post mengarut dan memuji diri secara excessive. bajet muvi curious case of benjamin la leh jadik muda balik.
ps - sila nyatakan first impression korang terhadap aku, physically, secara ikhlas dan jujur. tapi jgn la kutuk lebeh2 plak hahah. ni blog aku weh =D
oh. dan sekarang aku amat suka amoi2.
comel. macam Grace Su.
2 comments:
Abang ropi!!!
hahahha
pacik dalame x shave pacik?
abang baru shave bang?
hahaahhaahahhaha
klu pompuan nk transfom cane eh?
promoter2 tepi2 jln ke kt shopping mall ke tau tau je sape student sape x..
Post a Comment