Monday, February 9, 2009

kekasih yang tak dianggap

dulu dulu

"awk. janji jgn mtk clash lagi"

"sampai hati awk ckp mcm tu. kan sy dah janji, tu kali terakhir sy mintak"

"ok sy pegang janji awk"

mngkin normal putus, sambung balik kot. aku cuba pujuk diri sendiri. tapi entahlah. aku tak pernah sekali pun dump dia.

dia? 3x in a row.

so, aku=loser?

tak kisahlah. dia dah janji tu yang last. harap kali ni, dah takde masalah.

dulu

waktu pagi. sekitar kl. terserempak. wajahnya mencuka.

"awak ok?" aku bertanya. concern.

"tak" tambah masam mukanya. berpaling. kasar.

"ada masalah?" soalan lagi.

"aah" pendek.

"famili?"

"tak"

"kawan?"

"tak"

"bisnes?"

"tak sangat"

"saya?"

"aah!" bingkas bangun. lari. sembunyi.

kenapa pulak ni.

"saya ada wat salah ke?"

"..."

"kalo ada salah cakap la. jangan diam macam ni" masih cuba memujuk.

"..." muka dipalingkan lagi. masam mencuka.

"awak... buat muka macam ni tak selesai masalah!"

"Awak DIAM boleh tak! sy tgh serabut ni! awk nak sy jerit kat awak sini? pergi jauh2 boleh tak? pergi balik skrg!"

tersentak. macam dah takde maruah. kena marah macam budak bodoh. depan kawan-kawan lain pulak tu.

aku marah? aku lelaki. aku berego. sudah tentu! tapi ini sangat menyeksakan. kerana ada rasa sayang.

kamu tahu marah? kamu tahu sayang? nah gabungkan kedua duanya. seksa tak?

aku terseksa.

"jom g bb. nek cab." aku ajak 2 lagi kawan-kawan di tempat kejadian. nak angkat kaki. biarlah dia dengan serabutnya.

aku? masih cuba mengutip sisa-sisa sayang dia terhadapku. dah lama berterabur. hancur.

macam hancurnya hati aku.

7 petang

012 345 6789

"awk. sori psl td. serabut sgt"

aku kembali mellow.

a month ago

mahu jadi kawan. takmo rapat sangat. mak marah.

...

malas nak komen. tak tau la ke mana sayang tu dah dibuang. jauh2 rasanya. kecik hati sangat2. mudah benar dia melupakan. buruk sangatkah aku? miskin sangatkah aku?

"eh lama tak nmpk."

"aah."

"sihat?"

"still sakit"

"xnmpk cam sakit pon. makin gemok je"

"eh ikut suka hati sayala. nk makan banyak ke. nak gemok ke. nak kurus ke. awak peduli apa. kita dah takde kena mengena bla bla bla bebel bebel potpet potpet....

"ok... "

diam. sepanjang perjalanan.

katanya nak layan mcm kawan2. tapi bergurau tak boleh.

entah lah.nak peduli sangat pun dah tak larat. dia pun dah taknak peduli pasal aku. entah entah aku mati pun dia tak nak ambik tahu.

takpe. aku boleh bahagia dgn melihat dia bahagia. walaupun lg best kalau aku yang bahagiakan dia.

kalau dengan meninggalkan dia boleh membahagiakannya, aku sanggup pergi.

semoga kamu gembira dan happy dgn hidupmu sayang.

lagu ending:


Kekasih Yang Tak Dianggap

kertas

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah


*cerita fiksyen. takyah percaya. terasa amk.

9 comments:

limauais said...

crite yg mnarik..dan mcam kisah benar lak..haha..
jiwam sihh..
::pengunjung asing::

Anonymous said...

hurmmm...nice fiction.
macam cerita betul pun ada jugak.
huhu.

dueng said...

every good story has the element of truth in it.

nuff said.

<~!@#> said...

terasa siut hahaha

KEEFOO LEE said...

ropi, welkam to the club~ mari berpoye2..simpan dulu hajat cari awek. tunggu keje dulu!

kokokranc said...

@limauais - haha ure welcome. nice to know anonymous ppl reading my blog. x ape sekali sekala mellow. macho 24jam kang jadik kayu

@sue - hehe u know better k sue :)

@dueng - ha2 jgn la.kantoi kang. i did say its a fction kan? korg ni nak ngorek citer ke luls.

@caah - terasa amik hi2

@pek - aiya carikkan la amoi sorg utk aku.xkn xde kot pek.skang aku tgh taste amoi nih hahahaha. kidin2

tq sbb sudi baca. ade sambungannya nnt. da lm tulih tp kena edit daa. hahah kang ade kena mengena dgn yang idup atau mati lak.

Syed @ Don said...

peh! aku siyes shit terasa! lulz!

Anonymous said...

pesal adik aku jenguk blog ropi nih...aih..

btw..aku xterase...kah3..sbb aku takde awek..er..e..

..
...
....

down

kokokranc said...

@don - haha. salu gaduh ka. sian ko

@yap - xyah down. duk sorg2 lg best. siyeshit